Tuesday, October 31, 2006
Tuesday, October 17, 2006
Mengingati Kematian - alangkah hampirnya kita
Terdetik seketika bilamana baca komen dari Dr Hisyam Sidek tentang hampirnya kita tentang kematian bilamana seorang demi seorang insan yang kita kenali dipanggil mengadap Tuhan Pencipta. Dan persoalannya bilakah masanya untuk kita pula dan adakah bekalan yang ingin kita bawa mengadap Allah cukup ataupun tidak. Secara peribadi, saya amat takut untuk hadapi saat ini. Terbayang wajah Muaz yang sehari-dua ini baru nak kebah dari batuk dan demamnya.
Bila Dr Hisyam sebut nama Arwah Mohd Azwar Hassan @ Azwar, bila free di office hari ini saya terpandang keratan akhbar tentang kemalangan jalan raya yang mengorbankan beliau dan adiknya. Satu peringatan buat kita semua terutamanya anak2 perantauan supaya memandu dengan hemah, cermat dan waspada di musim perayaan ini. Saya juga terlintas tentang nukilan Sdr Zulkifli Samsuddin dan mailing list kita dan saya copy-pastekan catatan tersebut sebagai tanda kasih sayang kita buat Arwah Azwar .. semoga tenang di sana .. AL-FATIHAH
" A'kum semua,tanggal 16 dis 2005..di subuh hening pagi jumaat yangmulia...perginya sebutir bintang farisian 95disini dipaparkan sedikit kronologi ringkas :
16 dis :12.20 am - Arwah ke rumah kenduri pak sdara nya yangnak ke mekah.
12.30 - btolak pulang ke kelantan.
12.45 - berenti tdo di karak..somewhere sanala..exact location ..dunknow...sebelum tdo adiknya adacall ibunya utk bgtau yg dia bdua tdo di karak..kemalangan djangkakan berlaku sebelum ssubuh....ada ygkata 3 pg...ada yg kata 5 pagi..byk sangat dongeng tak sengaja..kenderaan arwah terbabas ke bahu jalan sebelah kiri..,dan pemandukemudian masuk semula ke lorong tetapiterlajak kelorong bertentangan...pd masa yg sama dtg treler burukJAD 1540 (or 1541?? forgot meh.)..pemandu DAL9519kemudian mengelakdan masuk ke lorong asal..malangnya treler tersebutterlebih dahulu melakukan tindakan kearah yg sama..dan....menurut sumber, treler tersebut dikesan telahmelanggar bahagian sisi kereta dan terus memanjatkereta tersebut..(memanjat??..tp kete tu memangteruk..dgn bumbung tkopak..saya menziarahi kenderaantersebut semalam di Balai Polis Penjom..remuk..ygboleh pakai lagi cuma speakerblakang sbijik..ngantayar spare sbijik..itu je.kesan darah kering padaseat pemandu membayangkan keceraannya cukupparah..selipar azwar masih terselit di celah pedalminyak.,nasik yg dbawa sbg bekal..berterabur dikusyenblakang..tali leher arwah yg belum dibukasimpulannya..nak cepat agaknya...)..
semalam sebenarnya penulis dalam pjalanan utk pulangke kl..memandu seorang diri menambahkan lagisyahdunya..sebelom ke penjom, saya sempat singgahditempat kejadian..masih banyak kesan-kesan kacabertaburan..trim pintu..dashboard..bebarangkecil..kaset kaset ceramah tok guru..sebak sayamelihat sekeping cermin kaca mata arwah, biji tasbihdan..lampu picit LED milik arwah..
tak sangka arwah bergurau supaya diperiksa bukucatitan hutangnya..rupanya ayat itu ayah penyudah utkselamanya..sejak sebulan lalu, arwah asyik membacabuku pengedalian jenazah..bersama buku tafsir mimpiyang baru dibelinya..malam td saya menyelak bukutafsir mimpi milik arwah...rupanya arwah telahmenandakan satu chapter dlam buku tersebut ..BAB 5 :"MIMPI KEMATIAN"..mungkin itu yang beliau sering mimpikan...saya sebagai housemate arwah selama 4 tahun..amatmengenali arwah..seorang ustat yg berbudi luhur..
Ya Allah cucurilah rahmat ke atas beliau..tempatkanbeliau dikalangan solihinn..amin..Alfatihah.
Friday, October 13, 2006
Belasungkawa
AL-FATIHAH kita sedekahkan buat Arwah Cikgu Khairuddin Abdul Rahman, guru Sejarah kita yang telah pulang ke pangkuan Allah Taala pada tengahari Khamis 19 Ramadhan 1427H bersamaan 12 Oktober 2006.
Saya secara personally sempat berguru Sejarah dengan Arwah seingat saya ketika Form 1. Arwah mmg kaya dengan senyuman, tak pernah marahkan student dan sedia mendengar apa jua masalah dan diikhtiarkan penyelesaiannya.
Arwah adalah Guru Penasihat Persatuan Sejarah yang mana saya adalah Bendahari Persatuan tersebut. Persatuan kami agak aktif bilamana kami zahirkan kepada Arwah untuk dijayakan Sambutan Bulan Kemerdekaan (yang kini dijadikan acara wajib SMSTMFP, jika tak silap saya). Untuk meraikan kami ahli2 Persatuan Sejarah, arwah pernah adakan majlis BBQ di rumahnya.
Berita tentang arwah sakit 'brain-tumor' telah saya ketahui setahun yang lepas. Kekesalan melanda disebabkan kesibukan dan waktu yang terbatas, tak sempat untuk bertanya khabar. In fact, ketika sibuk dengan kiriman kad raya untuk klien dan kenalan, saya tercari2 guru2 yang ingin ditanya khabar. Hasilnya saya hanya putuskan untuk hantar sekeping kad sahaja untuk warga pendidik Farisian risau2 jika dihantar secara personal, ada yang terasa sedangkan saya adalah hasil daripada tunjuk ajar mereka semua. Hati tertanya2 adakah arwah sempat melihat kiriman kad penganti diri untuk zahirkan ucapan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin daripada anak didiknya yang kini sudah separa menjadi insan berguna.
Buat arwah Cikgu Khairuddin, saya panjatkan doa moga2 Cikgu tenang mengadap Allah Yang Maha Agung di bulan yang penuh dengan keberkatan ini.
AL-FATIHAH

GATHERING RAYA
Jom meriahkan gathering raya kita di PCB Resort pada raya ke-3 nanti. Peluang yang Allah berikan kepada kita untuk teguhkan tali persaudaraan dan persahabatan baik kita gunakan sebaik mungkin. InsyaAllah kita doakan agar ikatan ini akan berkekalan dan diwariskan kepada Generasi ke-2 Farisian1995, sekaligus semangat Seiring Tangan Membina Farisian Permai (STMFP) akan tercapai.
Untuk mengembalikan kenangan supaya kita dok terfikir sapa kawan2 yang terputus hubungan, apa cerita terkini dan sensasi sahabat2 yang lain, renungkan gambar yang merakamkan seribu satu kenangan ini. Benar kita tidak boleh hidup dalam kenangan yang lalu, tetapi kita tidak boleh melupakan kenangan yang lalu kerana dari situlah kita belajar mengenal erti persahabatan dan persaudaraan. Ayuh kita ke sana ...
p/s : Contact AJK Penganjur untuk maklumat lanjut tentang Gathering Raya 2006

Subscribe to:
Posts (Atom)