Friday, October 13, 2006

Belasungkawa

AL-FATIHAH kita sedekahkan buat Arwah Cikgu Khairuddin Abdul Rahman, guru Sejarah kita yang telah pulang ke pangkuan Allah Taala pada tengahari Khamis 19 Ramadhan 1427H bersamaan 12 Oktober 2006.

Saya secara personally sempat berguru Sejarah dengan Arwah seingat saya ketika Form 1. Arwah mmg kaya dengan senyuman, tak pernah marahkan student dan sedia mendengar apa jua masalah dan diikhtiarkan penyelesaiannya.

Arwah adalah Guru Penasihat Persatuan Sejarah yang mana saya adalah Bendahari Persatuan tersebut. Persatuan kami agak aktif bilamana kami zahirkan kepada Arwah untuk dijayakan Sambutan Bulan Kemerdekaan (yang kini dijadikan acara wajib SMSTMFP, jika tak silap saya). Untuk meraikan kami ahli2 Persatuan Sejarah, arwah pernah adakan majlis BBQ di rumahnya.

Berita tentang arwah sakit 'brain-tumor' telah saya ketahui setahun yang lepas. Kekesalan melanda disebabkan kesibukan dan waktu yang terbatas, tak sempat untuk bertanya khabar. In fact, ketika sibuk dengan kiriman kad raya untuk klien dan kenalan, saya tercari2 guru2 yang ingin ditanya khabar. Hasilnya saya hanya putuskan untuk hantar sekeping kad sahaja untuk warga pendidik Farisian risau2 jika dihantar secara personal, ada yang terasa sedangkan saya adalah hasil daripada tunjuk ajar mereka semua. Hati tertanya2 adakah arwah sempat melihat kiriman kad penganti diri untuk zahirkan ucapan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin daripada anak didiknya yang kini sudah separa menjadi insan berguna.

Buat arwah Cikgu Khairuddin, saya panjatkan doa moga2 Cikgu tenang mengadap Allah Yang Maha Agung di bulan yang penuh dengan keberkatan ini.

AL-FATIHAH

3 comments:

Farisian1995 said...

Al-fatihah untuk arwah. Arwah ni form teacher untuk 1 Alpha tahun 1991. Masa baru2 masuk faris petra kelam kabut jugak kita maklumlah first time dok jauh. namun begitu, senyum manis arwah sedikit banyak menghilangkan kerisauan dihati.

Al-fatihah.

Unknown said...

Rindu sangat kat kawan-kawan...esp Yanti Maslina, Rosnawati, Shikin....esp 5 Lambda 1995...hope they still remember me...Nurul Aznida Bt Zakaria

Maarif Ibrahim said...

Innalillahiwainnailaihirojiun