Friday, June 13, 2008

Catatan terkini

Lama jugak rumah ini tidak bertuan.. maaflah disebabkan kekangan masa yang tidak begitu mengizinkan maka tida perkembangan terkini yang mampu dizahirkan.

InsyaAllah di kesempatan yang ada, kami akan paparkan sedikit sebanyak perkembangan yang terbaru ttentang keluarga besar Farisian1995..

Al Fatihah buat arwah Nik Azman @ Chia yang telah pulang menemui Allah Taala pada 8 Jun yang lalu disebabkan oleh sakit jantung. Arwah seorang yang begitu ceria, friendly dan senantiasa turut serta dalam setiap perjumpaan yang kita anjurkan. Di bawah ini adalah gambar semasa gathering raya 2 tahun lepas, arwah bersama Abg Chiq..


Buat sahabat, kami doakan agar dikau sejahtera di sana menemui Illahi, kami akan susuli ke sana bila tiba waktu dan ketika.

Tiada kata yang dapat mengambarkan perasaan hiba kami di atas kehilangan ini, namun doa kami panjatkan semoga dikau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.



Al - Fatihah

No comments: